Saturday, May 08, 2010

Choral Speaking Text

Alhamdulillah siap jugak.;)

Boleh jugak tengok cara nak bagi choral speaking nampak menarik

Ini dia, skrip choral speaking bahasa melayu, untuk persembahan hari guru nanti. Erm..BI ngan BA tak tambah lagi. Penutup pun tak abis buat lagi. Tak pelah nanti bincang ngan semua nak buat penutup. (Saja je tulis title post ni dalam BI)

-->
(suasana bising dalam kelas)
Bangun semua
Tarik nafas
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasi lagi Maha Penyayang
Kami pelajar pelajar tingkatan 3,
Mempersembahkan “chorang speaking”
Yang bertajuk C.I.K.G.U
Kita selalu dengar
Guru ibarat lilin yang membakar dirinya
Untuk menerangi kehidupan manusia
Cikgu banyak member sumbangan ilmu kepada kita
Tapi, kita jarang menghargainya
Ingat tak dulu-dulu, waktu kita tadika,
Cikgu ajar kita nyanyi ABCDEFG
Bila dah kenal huruf, kita boleh mengeja,
Bila boleh mengeja, kita boleh membaca
Sampai kita jadi pandai, Sampai kita Berjaya
Bila kita cemerlang…[Yeah kami dapat 8A,] [kami dapat 9A
Orang akan kata
(Alah, budak tu kan memang pandai!)
Tapi, bila kita gagal,
Ishh, cikgu tu tak pandai ajar lah.
Cikgu selalu dipersalahkan
padahal, sampai dah sakit tekak cikgu mengajar
kita je yang tak berusaha
bila cikgu bagi homework
(cikgu, bagilah lagi, tak cukup la)
Tapi, ada yang merungut(ish,, tension lah)
(tak dan la nak buat!!)
(Malam ni ada tuisyen pulak)
Cikgu bukan nak bunuh kita,tapi cikgu nak bagi kita lebih faham dan ingat.
Bila cikgu tegur sikit,mulala nak report kat mak
Padahal,cikgu tegur sebab kita tidur dalam kelas
Bila kelas tambahan keluar lambat sikit,
Mak ayah dah komplen.
Pelajar sekarang ni, memang manja kan
Tak boleh diusik, silap sikit, semua nak mengadu
Last-last, cikgu yang kena serang
“Apalah, cikgu mengajar lari tajuk”
“Cikgu, kenapa cikgu marah anak saya”
“Cikgu ni tak reti mengajarlah”
Cikgu
Cikgu
Cikgu
Tengok, kita yang salah, cikgu pulak yang kena
Walaupun begitu,
Cikgu tetap masuk kelas
Bersemangat nak mengajar, sampai habis masa pun cikgu seronok nak mengajar.
Tapi kita (cikgu, habis la awal sikit)
Kalau cikgu tak masuk kelas, cikgu bagi kerja.
Kalau cikgu sakit pun (hacccuuum)
Cikgu masuk kelas, bukan cikgu nak sebarkan kuman,
Tapi cikgu tak mau kita ketinggalan dalam pelajaran.
Bila dah sarat mengandung 9 bulan 10 hari
(Saya nak terberanak!!!)
(cepat, bawak cikgu ke hospital!!)
(tak nak, saya nak beranak kat sini, sebab disinilah srikandi dilahirkan)
Kita tak pernah pun dengar cikgu cakap
(kamu tahu tak,saya menyampah dengan kamu)
(saya tak mau ajar kamu lagi)
(nanti habis pulak ilmu saya )
Ish, ish, ish, mana ada cikgu macam ni
Kat sekolah kita ni, semua cikgu baik baik
Ada ustazah Asma(suara power!)
Cikgu tengku (cikgu best,sporting la!!)
Cikgu Riz (Cikgu comel,cikgu comel!!)
Cikgu Nizar (loghat Kelantan tak pernah hilang)
Ustazah Azizah(Fuh,takut aku)(Eh,ustazah baik lah)
Cikgu masyitah(seorang guru mt yg fokus dan penuh variasi)
Cikgu Dayang (buat kami tertunggu tunggu)
Cikgu sharifahsabu(focus,focus tkt kena p dpn)
Ustazah Zaleha (Cepat cepat pi bilik ustazah)
Tanpa cikgu kami tak pernah dengar
Carbonate oxide
Kami tau tahu apa maksud konsumerisme
Kami tak tau nak eja______
Kami tak tahu nak baca_____
Kami tak tahu nak sebut_____
Kami tak pernah tengok______
Cikgu cikgu kat sini semuanya bagus bagus kalau tak, tak de lah kita dengar
(Johan Kuiz Pelangcongan)
(Johan Pesta Pantun)
(Johan Syarahan MTQ)
(Johan hafazan)
(Johan menulis cerpen hari guru)
(PUM)
(PKS)
ataupun
(saya dapat pegi Mesir)
(saya pelajar terbaik pmr 2010)
Semua kejayaan kami adalah sumbangan daripada guru-guru
(Nyanyi)kau abdikan dirimu tuk semua
menerangi gelapnya dunia
ikhlas hatimu bicara
kau lakukan demi cinta
yang kan membawamu ke syurga
oh guruku, di hatiku doaku selalu untukmu
Terima kasih guru…
Kerna hulur tanganmu…
Kami menghargai setulus jiwa kami…
Bicaramu guru kan kami ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabung Haji