Saturday, May 15, 2010

Serius, Aku Tak Sangka!

Lepas gotong-royong tadi, ada 'rehersel' untuk persembahan hari guru. Kami giliran yang ke-empaat. <--ke-4.

Sebelum itu, kami berlatih sat untuk 'choral speaking'. Tadi ok dah.

Bila dah lepas buat persembahan, kak Izzati tegur sikit.

"Choral speaking dah best dah. Kalau buat pertandingan persembahan terbaik, boleh menang dah."

hehe. Tapi tak buat la pertandingan tu.

"Cuma yang kurangnya, suara yang solo tu, kena kuat sikit"

Ok, memang aku dah agak. Suara orang solo memang pelan. Mintak mintak la depa kuat sikit hari persembahan tu.

Teruja <--cewah, teruja tu..

Bila kak Aisyah dan orang orang lain tanya,

sapa buat lirik?

(malu nak mengaku aku,sebenarnya)

dan mereka kata, best.

Memang tak sangka, aku rasa text tu biasa je. Aku buat berdasarkan pengalaman dan apa yang berlaku.

Biasalah, aku masukkan elemen sindiran, pujian dan pengorbanan. Itu saja.

Terima kasih la, kepada semua yang membantu dalam menjayakan dan memperseronokkan' persembahan ini. Bukan aku sorang, rakan-rakan sejawatan yang menjadi penonton juga banyak membantu dari sokongan dan komen komen.

Kepada yang menyertai juga, terima kasih kerana setia mengadap muka aku yang hudus ini setiap hari. Hehe. Walaupun dalam masa yang singkat, kita dapat buat yang terbaik! Walaupun dalam kesuntukan masa dan peperiksaan juga semakin hampir, tetapi kalian tetap bersemangat dalam susah dan senang.

Pada mulanya, aku takut. Ramai yang ingin tarik diri. Tetapi setela dipujuk, depa masuk balik la.

Terima kasih, hanya Allah je yang dapat membalas budi baik mereka. Yang baik itu datangnya daripada Allah, yang buruk dari kesilapan aku juga.

No comments:

Post a Comment