Monday, May 24, 2010

UiTM Kampus Puncak Alam

Akhirnya, sampai jugak aku ke sini<--cewah, macam aku pulak yg masuk situ.

Kelmarin. Aku hantar kakak kat UiTM Puncak Alam. Alah, UiTM tu tak jauh pun dengan rumah cik dong aku.

Kami pergi pukul 9 pagi.Mula-mula ingat pergi awal tak la ramai orang sangat. Rupa-rupanya, sesak gila! Jalan jem. Kereta penuh. Al maklumlah, yang nak hantar sorang pun, pergi sampai dua tiga biji kereta. Mana tak sesak.

Masuk-masuk je pondok pengawal, dapat arahan. Mula-mula kena parking kereta. Pastu ke perhentian bas dengan barang-barang sekali. Pastu bas bawak ke asrama. Kakak dah cuak dah. Hah, naik bas?

Ramai gilaaaaa..orang kat sana. Nak cari parking pun xde. So, terpaksa la letak depan kereta orang lain. Haha. Kesian dia.

Kami tak naik bas. Kami naik tangga. Nak tunggu bas, lambat pulak. Naik tangga dari tempat kuliah ke asrama.

Kami naik.

Kami naik.

Kami naik.

Berhenti.

Kami naik.

Kami naik.

Aduh penat. Berhenti kejap

Kami naik.

Naik lagi

Sampai. Lega!

Serius, tinggi tangga tuh. Macam daki bukit. Al maklumlah, puncak alam. Asrama dia dekat nun puncak tinggi nuh. Dengan bawak beg punyalah berat kami naik tangga. Orang lain pun sampai bebai. Penatlah katakan. Ada orang kira, anak tangga tu lebih kurang 219 la. Ada yang sampai mengutuk, "puncak alam, puncak malang". Ada yang keluarga berlumba-lumba naik sampai ke atas. Sapa sampai dulu, dia menang.

Lepas tu, daftar. Dapat kunci bilik. Kami ke asrama. Ada lif beb! Enam tingkat semua. Kakak dapat aras 2.

Kakak duk satu bilik ngan budak Terengganu. Kalau gaduh tak paham la dia cakap apa. Dia kata kat aku," Ish, adik kena kecik sikit ni"

Ok.;))))

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...