Sunday, May 16, 2010

FidXLIM

"Api di neraka 1000 kali lebih panas dari api di dunia"

Pada suatu hari dulu, aku, kakak, kawan kakak dan mak pergi ke C-Mart. Pergi membeli-belah barang yang kakak nak bawak ke uitm nanti. Tapi sempat beli kejap je, sebab kami pergi dah petang dah.

Lepas membayar, aku ajak mak ke satu kiosk ni. Tak tau lah, kiosk ke, ape ke. Tapi dia terletak kat dalam C-Mart (Ish, xtau la nak describe mcm mana. Pergi sendiri lah) ada tulis Riasi Jelita. Nama kiosk tu la kot.

Aku nak beli krim yang panas tu, dulu aku pakai krim panas tu (Alah, krim yang bakar lemak tu la). Dulu aku pakai jenama ANIS. Berkesan, panas giler! Tapi bila dah habis, cari kat kedai pun tak ada. So, dah tak pakai krim apa-apa dah. Anis(krim tu) tu best, sebab dia panas dan tidak meleket macam losyen.

Ok, aku ajak mak ke kiosk tu.

Tanya seorang pekerja ni, "krim ANIS tu ada tak?".

Dia pun. "Oh, ANIS. Ada-ada."

Dia ke tempat lain sekejap untuk ambil krim tu (kot).

Aku 'yeay, nasib baik ada'<---dalam hati.

Dia datang. Dia bagi satu krim ni. "Krim ni pun macam adik-beradik anis gak"

Aku ingatkan jenama ANIS tu tukar jenama.

Pastu, belila.

Rasanya tak cukup satu. Mintak lagi satu. So, beli dua la.

Hehe, duit mak tak pe kan~=)

Dia suruh aku tandatangan atas resit.

Beberapa selepas itu.

Mak : Ikah, kenapa tak pakai pun krim tu. Amboi, beli sampai dua.

Aku : Hehe. Lupa.

Hari ini.

Aku pakai krim tu lepas mandi. Mula-mula pakai, boleh tahan lagi. Lepas tu, makin panas. Makin panas. Makin panas. Makin panas. Makin panas. Makin panas.

Huh, panaslah! Serius panas sangat.

Tak pa, tahan je. Panas dunia.

No comments:

Post a Comment