Monday, May 03, 2010

Mayat Bergelimpangan.

"Aduh, busuknya!"

Pagi tadi, sampai sekolah tak awal sangat, taklah lewat sangat kot. Sampai sampai je aku terus ke kelas. Malas nak tinggal beg pastu amik lepas perhimpunan. Dahlah beg berat. Hari Isnin la hari paling banyak bawak buku. Al maklumlah, ada 7 subjek. Cikgu, tak boleh ke letak subjek yang satu masa hari lain?

Sampai je dewan, aku terus ke belakang. Sebab hari ini aku ada tugas. Sampai je kat belakang, bluueeeeeeeek, busuk gila! Aduh..tutup hidung. Ckgu ckgu yang lalu lalang kat belakang pun samapai ada yang termuntah. Sebab apa ya bau busuk tu? Bau tu bau busuk bangkai kucing, kucing mati.

Time nak balik kelas pulak, bila lalu je kat belakang pondok biru tu pun bau busuk jugak. Kali ni bau taik kucing pulak. Haii satu sekolah bau taik kucing.

Dengar cerita, ada anjing masuk sekolah. Anjing tu yang gigit kucing sampai mati. Haii..kesian kucing tu. Pintu pagar sekolah tak tutup, anjing tu pun kejar la kucing. Kucing masuk sekolah nak selamatkan diri.

Cikgu kata, ada 3 mayat kucing mati. Dua ekor belakang dewan, kat dewan makan dengan kat kelas 3 Siti Aisyah. Kesian kelas 3 Siti Aisyah kan...

Takpa, hari ni ada lapisan mucus yang menutupi nerve cell hidung aku. So, esok aku dah tak bau dah. Cikgu Ku Nurul Huda cakap " Tak pa busuk, baru lah mencabar."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...