Monday, May 24, 2010

Di Busana Idola

Hari Sabtu hari itu, sebelum nak ke rumah cik dong, mak bawak kami shopping kat Sungai Besar. Kami masuk la dalam satu kedai ni. Nama kedai tu Busana Idola.

Mula-mula aku tengok baju yang dekat luar dia besar-besar. Sangat besar! Fuyoh, ada sampai saiz XXL, XXXL, XXXX. Ish, besar giler.

Kat situ, dia jual baju muslimah, tudung yang keras kat depan tu pun ada.

Aku ngan kakak masuk la dalam. Mak dah lama ada kat dalam. Banyak baju muslimah (perak sbb kat Perlis xde) cantik-cantik pulak tu. Tapi saiz dia xla besar sangat.

Aku tanya la tauke kedai tu, aku mintak yang saiz besar. Dia cari-cari. Dah jumpa, dia bagi aku. Aku try baju tu.

Baju tu muat-muat la dengan aku. Mak tanya, ok ke dengan baju tu. Aku cakap ok la, tapi ketat sikit. Kat bawah ok, kat atas sendad sikit.

Tauke tu kata "kalau hati nak, semuanya ok"<--terasa jugak aku time ni.

Dia kata lagi "kalau nak beli, kena diet sikit, kurangkan makan."

Huhu. ;D

Sembang-sembang. Rupa-rupanya tauke tu orang Perlis. Duduk dekat Kampung Bakau je.

Ermm, asal la..tak bukak kedai kat Perlis?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...