Monday, May 24, 2010

OZ homme, Boleh rugi ke?

Dah lima bulan, aku ke sekolah pakai blazer koyak rabak.

Sebenarnya, aku yang koyakkan.

Memang la tak nampak koyak sebab aku koyak yang bahagian dalamnya.

Oleh sebab hangat, pagi-pagi kena pakai waktu baca al-Quran, aku pun koyak la bahagian dalam blazer itu.

Alah, blazer bundle tak pa.

Sebab tu aku jarang pakai blazer.

Aku tanya mak. Mak, buat blazer nak tak?

Dua minggu lalu dah pi ukur.

Minggu lepas pi fitting.

Ish, jaga betoi dia.

Cuma tersangkut tudung sikit ja, dia nak buat besar sikit.

Dah memang aku besar, kena la buat bagi besar sikit.

Hari Jumaat hari tu dah siap.

Mak pergi ambik.

Mak kata, dia tersilap buat.

Buat yang dalam tu semua.

Dia nak buat separuh je.

Mak kata, dia kata, dia rugi.

Ish, rugi ke?

No comments:

Post a Comment