Wednesday, May 19, 2010

Hari ini, cikgu bagi suprise!

"Semalam, kami buat suprise untuk cikgu-cikgu. Hari ni, cikgu pulak bagi suprise kat kami"

Pagi tadi lepas bacaan al-Quran, tak dan jalan sampai kelas lagi, cikgu dah panggil ke dewan balik. Ish, aku punya la kecut perut, nak buat pengumuman apa ni?

Cikgu Fitriah berdiri atas pentas. Sebelum itu, aku dengar cikgu suruh panggil Ustazah Asma dan Ustazah Zaleha.

Cikgu mulakan bicara. Cikgu tanya.

"Sapa yang dah tahu hari ini ada exam PI bersama?"

Ada yang angkat tangan.

"So, dah bersedia nak jawab?"

Suasana dalam dewan bising. Semua menggelengkan kepala dan merungut

"La...belum la"

"Ish, kami tak tau pun"

Cikgu." Mau tak mau, kamu kena jawab exam jugak hari ini. Kami buat macam ni, sebab sekolah lain kata, sekolah kita hebat. Orang yang ebat sentiasa bersedia. Kami bagi masa kamu buat persiapan, baca buku dan persiapan fizikal sampai pukul 12.30. Pukul 12.30 kena jawak periksa PI."

Kami semua balik ke kelas.

"Ish, kenapa buat kami macam ni?"

Serius, mula-mula aku tak leh study. Rasa nak marah. Aku pujuk diri aku dulu, "Ikah rilek ikah". Tak leh duduk dalam kelas, aku keluar. Semua kelas diam. Semua baca buku. Aku tengok langit, burung yang bebas berterbangan. SubhanAllah aku menyebut. Diikuti dengan AstaghfiruAllahalazim.

Tenang sikit. Aku baca kat koridor je. Aku tengok orang study. Bersungguh sungguh. Ustazah Asma lalu dan berkata "Semua pelajar tingkatan 3, sila ke bilik tingkatan 6". Ustazah nak jumpa.

Kami tunggu. Lepas rehat, baru ustazah masuk. Ustazah tenangkan kami. Mula bercerita dan ulangkaji. Baru lah kami semangat nak jawab.

Lepas exam, "Fuh, senang kan". Haha.

No comments:

Post a Comment